Wednesday, July 15, 2015

Aston at Kuningan Suites, Jakarta

Assalamualaikum. Hello.

Nak share tentang Aston at Kuningan Suites yang tuan tanah duduk sepanjang berada di Jakarta pada bulan Januari/Februari lepas. Gila lagging entry kan.


So previous entry pernah cakap hotel ni telah diriki oleh datin maimon. Kami telah membayar dengan harga RM993 untuk 4 hari 3 malam untuk apartment 2 bilik termasuk sekali dengan breakfast untuk 4 orang.


Suasana hotel ni nampak macam mewah & selesa. Mungkin sebab tak ramai orang sebab hotel ni bukan terletak di kawasan tumpuan pelancong.


Eventhough hotel ni agak besar, nak share juga pasal lift dorang. Memang muat kitorang 4 je. Even tak sebesar lift kat Concorde Shah Alam tu. Tapi tak pernah la sampai kena tunggu lama ke untuk guna lift. 

maafkanlah abalong itu.



 Masuk je bilik terus nampak meja makan dan living room. Memang spacious gila. Jangan kata 4 orang, 10 orang pun sesuai duduk sini. According tu abalong, sofa tu comfortable. Maklumla itu la lokasi hibernasi dia sepanjang trip ni.


On left side ada dapur, ada provide microwave, fridge & even dapur. Periuk belanga semua ada disediakan. Tapi oleh kerana kitorang dah jatuh title jutawan kat sana, dapur ni dipandang sepi je. 




Ni rupa bilik utama. Luas bilik ni siap ada satu corner untuk gantung gantung baju dan untuk letak luggage. 


Yang ni 2nd room yang consist of 2 single beds. Takdak tv. Tapi ada lemari & lemari mekap. Bilik utama takdak uols. Meja tulis tulis ada la.



Part ni macam ada pros and cons. Two different room for shower & toilet. Bagusnya, kalau sorang mandi, sorang boleh buat bisnes. Tapi tak praktikal juga bila dia bukan bersebelahan. Worry not, toilet dia ada pipe hose. Kot la korang terus nervous sebab bila tuan tanah cakap 2 bilik ni bukan bersebelahan. Hehehe

Ok ni summary sepanjang tuan tanah menginap disini


  1. Hotel ni bukan terletak di jalan utama, so agak susah untuk kitorang cari hotel ni pada hari pertama. Signage pun kurang. Agak menggagau juga cari sampai kena bukak waze sendiri sebab pak supir pun duk pusing sana sinun beberapa kali. Korang tau la Jakarta ni kan macet sentiasa.
  2. Ada lebih kurang 10 anak tangga korang kena daki untuk sampai ke lobby dari main entrance dia. Yes dorang ada provide parking kat basement tapi tuan tanah kurang pasti kemudahan untuk disabled people. Tuan tanah pun tak nampak sebarang wheelchair ramp dari main entrance untuk ke lobby. 
  3. Takdak sign kiblat. Sejadah will be given upon request. Tapi zaman sekarang kan canggih. Pakai je app dari hp. Tapi make sure double confirm.
  4. The bed & pillow were super duper comfortable. Memang kalau ikut hati tak nak bangun dah kalau sekali dah baring.
  5. 65 TV channels provided untuk TV dorang. 1 kat living room & 1 kat bilik utama. 
  6. Varieties of breakfast menu. Mainly western breakfast. Tapi tak dilupa nasi & keropok.  Dorang ada juga section untuk non-halal. Jangan risau ada tanda nama untuk setiap menu. 
  7. Staffs sangat friendly dan helpful. Ada satu kali kitorang order delivery makanan padahal kitorang belom sampai hotel pun. Receptionist ambil inisiatif untuk call kitorang tanya. 

 Overall, tuan tanah happy duduk sini & ni merupakan salah satu tempat penginapan yang agak besar tuan tanah pernah pergi. Selama ni duduk tempat selalunya limited space almaklumla limited budget. Tapi kan kitorang jutawan. Tarak hal lah. Kepada sesiapa yang tak berapa untuk duduk diluar sedikit dari town, boleh la cuba duduk kat sini. Especially pada yang pergi dalam satu kumpulan besar. Spacious room & good value for money.

5 comments:

  1. Huntung kalau pergi Indonesia dan Vietnam... boleh jadi jutawan segera... hehe...

    Selamat Hari Raya buat Tuan Tanah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang terasa diri jutawan jugak time tu.

      Selamat Hari Raya En Mie

      Delete
  2. Kenapa hybernate atas sofa? Katil kan byk. Hihii

    ReplyDelete